Tuesday 27 March 2012

Konsep Muzik (7 elemen)

Terdapat Tujuh Konsep Muzik Yang Utama (Perlu diketahui oleh semua Pendidik muzik).


# Irama   # Melodi   # Warna ton   # Bentuk   # Harmoni   # Teksur   # Ekspresi


1. Irama


Diaplikasikan kepada semua yang berkaitan dengan unsur masa dalam muzik.

a. Muzik bergerak kepada beat/bunyi yang stabil.
b. Setiap beat dan rehat mempunyai nilai sama ada panjang / pendek.
c. Kumpulan beat membentuk tanda masa / meter.
d. Beat-beat mempunyai tekanan.
e. Gabungan not / beat membentuk corak irama yang berlainan dan atau berulang-ulang.

Simbol Verbal :
Irama   detik    not dan tanda rehat   meter  tekanan      corak irama, ostinato, rentak.

Objektif P & P :

Pada akhir pembelajaran murid-murid akan dapat :
1. Merasa nadi/detik sesuatu lagu/muzik
2. Membezakan panjang pendek sesuatu nilai not dalam corak irama.
3. Merasa tekanan / accent pada sesuatu lagu.
4. Membezakan irama/rentak yang sama dan tidak sama.
5. Mengenal pasti meter sesebuah lagu yang dimainkan/dinyanyikan/didengar.


2. Melodi

Susunan pic secara melintang.

a. Terdapat pic tinggi,rendah dan sederhana.
b. Pic dalam melodi boleh bergerak menuju ke arah tinggi,rendah dan mendatar.
c. Pic dalam melodi bergerak secara bertangga atau melompat.
d. Ton-ton dalam satu siri pic yang ada kaitan antara satu sama lain membentuk satu kumpulan atau rangkaian pic.
e. Gabungan beberapa rangkaian pic membentuk sebuah melodi lagu.
f. Pic boleh disusun secara berurutan.
g. Pic-pic yang berkaitan antara satu sama lain boleh membentuk sebuah melodi lagu.

Simbol Verbal :
Melodi    skel (major,minor,pentatonik)  frasa lagu / melodi    sekuens    nada

Objektif P & P :

Pada akhir pembelajaran murid-murid anak mendapat mengenal pasti dan membezakan :
1. Antara melodi dan iringan.
2. Pic tinggi,tengah dan mendatar.
3. Skel yang dimainkan.
4. Pic yang melompat dan berulang.
5. Nada sesebuah lagu yang dimainkan/dinyanyikan.



3. Warna Ton

Bunyi-bunyian yang dihasilkan oleh pelbagai sumber mempunyai ciri-ciri yang tersendiri.
Sesuatu bunyi-bunyian itu mempunyai mutu yang berlainan dan memberi satu gambaran atau idea yang tersendiri.
Hasil dan mutu sesuatu bunyi itu adalah disebabkan oleh alat itu sendiri dibuat daripada bahan-bahan tertentu dibuat,cara dibuat dan dibunyikan.

Simbol Verbal:

Alat  suara - manusia, binatang, kenderaan, alam semula jadi dll.perkataan deskriptif          

ton - gelap , cerah , padat , garau, kasar      
suara - soprano ,alto ,tenor dan bes       
Keluarga alat muzik - membranofon, aerofon , kordofon  dan idiofon.

Objektif P & P :

Pada akhir pembelajaran murid-murid akan dapat :
1. Mengenal psati bunyi-bunyian yang didengar di sekeliling mereka.
2. Menghasilkan pelbagai bunyi yang didengar, diterokai / eksperimen dll.
3. Membezakan dan mengenal pasti bunyi-bunyian yang lembut, kasar, tinggi, rendah, padat, garau dll.
4.Mengenal pelbagai jenis alat muzik seperti piano, rekoder, dram, trumpet, gong, violin dll.


4. Bentuk

Satu paten/corak boleh dihasilkan melalui gabungan beberapa pic/ton.
a. Gabungan siri-siri pic menghasilkan satu idea.
b. Rangkaian frasa boleh dicantumkan untuk menghasilkan satu idea muzik yang lebih besar.
c.Segmen muzik (motif, frasa, seksyen) boleh diulang dan dipelbagaikan.
d. Segmen muzik seperti intro dan yang akhir boleh diadakan.

Simbol Verbal :
Motif     frasa      seksyen, koras, rangkap      ABA , berulang, kontras      intro, koda

Objektif P & P :

Pada akhir pembelajaan murid-murid akan dapat membezakan dan mengenalpasti :
1. Frasa yang sama dan yang lain melalui lagu-lagu yang dinyanyikan/mainkan.
2. Rangkaian lagu berangkap da korasnya.
3. Intro dan koda sesebuah lagu atau muzik.



5. Harmoni.

Hasil gabungan 2 pic atau lebih disusun secara menengak dan dinyanyikan/dimainkan serentak.
a. Dua pic boleh dibunyikan serentak.
b. Gabungan 3 atau lebih pic dimainkan secara serentak.
c. Dua atau lebih rangkaian melodi boleh digabungkan dan dibunyikan serentak.
d. Iringan kord pada melodi boleh menghasilkan bunyi harmoni.

Simbol Verbal :
Harmoni     jeda     triad tonik/kord    round, polifoni, deskan,kaunter melodi   kord iringan  homofoni

Objektif P & P :

Pada akhir pembelajaran murid-murid akan mendapat :
1. Membezakan antara melodi (rangkaian pic) dan harmoni (himpunan pic-pic - iringan).
2. Mengenal pasti antara lagu/muzik satu suara dan muzik/lagu dua atau lebh dua suara.
3. Menyanyi lagu pusingan - round,berkembar dan lagu-lagu yang mengandungi kaunter melodi dan deskan.


7. Tekstur / Jalinan
Tekstur ditentukan oleh pelbagai kombinasi atau gabungan bunyi yang didengar.
a. Sesuatu bunyi yang didengar boleh memberi bunyi yang nipis atau satu / teba atau banyak.
b. Tekstur ditentukan oleh pembentukan harmoni.

Simbol Verbal

Solo   duet   trio   quartet    orkestra     monofoni    homofoni    polifoni

Objektif P & P :

Pada akhir pembelajaran murid-murid akan dapat :
1. Mengenal pasti samada lagu/bunyi yang didengar itu dinyanyikan/dimainkan oleh seorang,dua atau lebih.
2. Membezakan bunyi yang bercirikan monofoni,homofoni dan polifoni.



6. Ekspresi

Satu gabungan semua elemen deskriptif termasuk tempo,dinamik yang mengandungi satu ekspresi ide muzik.
a. Sesuatu bunyi itu boleh menjadi kuat atau lembut.
b. Satu sekuen/siri bunyi boleh dikuatkan atau dilembutkan secara beransur-ansur.
c. Sesuatu bunyi itu boleh dilanjutkan, dilicinkan dan dipendekkan atau dilembutkan secara beransur-ansur.
d. Sesuatu siri/sekuen bunyi boleh dicepatkan atau dilambatkan.
e. Sesebuah lagu/muzik mempunyai ciri-ciri tersendiri - mud.

Simbol Verbal :

Dinamik    Volume    cerscendo   diminuendo     susutain, legato, staccato     cepat, lambat     
 mud - riang, tenang, cemas, cergas.


Objektif P & P :

Di akhir pembelajaran murid-murid akan mendapat :
1. Membeza dan mengenal pasti di antara bunyi pada sesebuah lagu dan muzik yang kuat dan lembut.
2. Memahami bahawa pada tempat-tempat yang tertentu dalam sesebuah lagu/muzik boleh beransur- ansur menjadi kuat atau perlahan.
3. Memahami bahawa sesetengah lagu/muzik boleh dipelbagaikan dengan bunyi pendek, lembut, panjang, terputus-putus dan lain-lain lagi.



                                            @@@@ selamat menelaah @@@@

Skel dan Tandanada

Skel dan Tandanada





Skel dan Tandanada Pada Baluk


• Skel G major menaik tanpa tandanada.



• Skel G major menaik dengan tandanada.



• Skel G major menurun tanpa tandanada.



• Skel G major menurun dengan tandanada.



• Skel D major menaik tanpa tandanada.



• Skel D major menaik dengan tandanada.



• Skel D major menurun tanpa tandanada.



• Skel D major menurun dengan tandanada.



• Skel F major menaik tanpa tandanada.



• Skel F major menaik dengan tandanada.



• Skel F major menurun tanpa tandanada.



• Skel F major menurun dengan tandanada.





• Skel Bb major menaik tanpa tandanada.



• Skel Bb major menaik dengan tandanada.



• Skel Bb major menurun tanpa tandanada.



• Skel Bb major menurun dengan tandanada.


Skel Minor Harmonik

Skel Minor Harmonik (konsep)

Dalam skel Minor Harmonik, jarak antara not 2 – 3, 5 – 6, dan 7 – 8 adalah ½ ton atau satu semiton. Jarak antara not 6 – 7 adalah 1½ ton atau 3 semiton. Jarak antara not-not lain adalah satu ton.




Skel ‘Am’, ‘Em’, ‘Bm’, ‘Dm’ dan ‘Gm’ . (huruf ‘m’ singkatan untuk ‘minor’)


• Skel A minor harmonik menaik.



Skel minor harmonik ditulis pada baluk.


• Skel A minor menaik


• Skel A minor menurun.

Skel A minor harmonik tdak mempunyai tandanada. Tanda (# atau b) yang wujud pada not ke-tujuh pada semua skel minor harmonic tidak dikira sebagai tandanada. Ianya dinamakan ‘accidental’.



• Skel E minor menaik tanpa tandanada



• Skel E minor menaik dengan tandanada



• Skel E minor menurun tanpa tandanada



• Skel E minor menurun dengan tandanada

Skel Major


Skel

Skel ialah susunan lapan not yang dimainkan berturutan secara menaik dan menurun seperti dari not C ke not C’ yang lebih tinggi atau dari not C’ ke not C yang lebih rendah.

• Dalam skel major, jarak antara not 3 – 4 serta 7 – 8 adalah ½ ton atau 1 semiton dan jarak antara not-not yang lain dalam skelnya ialah 1 ton.






• Skel C major menaik




• Skel C major menaik dan menurun ditulis pada baluk.


Susunan Nama Notasi Dalam Setiap Skel
SKEL/NOT
1
2
3
4
5
6
7
8
C MAJOR
C
D
E
F
G
A
B
C
D MAJOR
D
E
F#
G
A
B
C#
D
G MAJOR
G
A
B
C
D
E
F#
G
F MAJOR
F
G
A
Bb
C
D
E
F
Bb MAJOR
Bb
C
D
Eb
F
G
A
Bb
Setiap skel mempunyai tanda kromat tertentu (# dan b) kecuali skel C major. Tanda kromat yang wujud dalam skel ini di panggil TANDANADA.

Jom Belajar Asas Teori Muzik !

     Secara umumnya sebelum mengenal dan mempelajari tentang jeda, triad dan juga kod dalam kibod, pengetahuan yang paling asas perlu ada pada setiap pelajar yang ingin mempelajari atau mendalami ilmu dalam bidang muzik ini. Perkara paling asas yang perlu difahami adalah dengan jenis-jenis not, nilai atau value setiap not tersebut, tanda rehat, baluk, garis bar, jenis-jenis klef dan juga hubungan antara klef trebel dengan klef bass dan kibod.

Carta Nama Not, Jenis-jenis Not, Simbol Not dan Nilai Not




Huraian Persamaan Nilai Not



Tanda-tanda Rehat (Rest)

Sunday 18 March 2012

Salam Perkenalan.....

Salam sejahtera dan salam 1 Malaysia...
Buat pertama kali dalam hidup saya, membina laman blog. Walaupun agak merangkak-rangkak seperti bayi, saya akan berusaha untuk update entri saya dari semasa ke semasa untuk memenuhi kehendak seperti yang diskemakan di dalam tugasan teknologi Maklumat Sekolah Rendah. Semoga blog saya ini dapat memenuhi skema yang telah ditetapkan, ameeeen....